Follow button

Monday, January 28, 2013

Resepi Ketam Telur Masin *dan step step

Assalamualaikum semua,

     Hai, dibawah ialah resepi ketam telur masin resepi mak aku, inshaAllah sedap. Selalunya kitorang makan dekat satu restoran seafood dekat Tanjung Lumpur tapi after Umi dah pandai masak lauk ni terus dah tak pergi ahaha! lewls silakan salin resepi. 

tips : untuk mendapatkan efek Ketam Telur Masin yang  charming macam mak aku buat..sila kerat 2..jangan belah pulak





walaupun gambar tak awesome,jangan hina pwease



    Resepi :  Dari mak kite yang cun, Pn.Hamisah

Bahan-bahan :

-1 setengah kilo ketam saiz M (nak guna yang besar pun boleh)
-4 biji telur masin yang dikukus (nak rebus pun boleh) telur ni hendaklah dihancurkan..guna semua sekali..maksudnya, guna kuning+putih..elakkan pembaziran..
-7 tangkai daun kari (kalau daun kari yang besar,guna 4 je)
-2 biji telur ayam (untuk salutan ketam)
-2 cawan tepung jagung (kalau kurang boleh tambah ye..untuk salutan ni)
-10 ulas bawang putih
-sedikit secukup rasa maggi, kalau takde pakai ajinomoto je
-1 sudu gula (kalau nak manis sikit masakan anda,letak la lebih)
-garam secukup rasa (kalau dah masin tak payah letak ye)
-minyak menggoreng secukupnya

Cara-cara :

-Mula mula,kocok-kan telur ayam tu



-letakkan ketam dalam telur itu ye


-lepas tu dalam pinggan lain letakkan tepung jagung yang 2 cawan tu


-letakkan salutan telur ketam  tadi dalam tepung jagung tau


-lepas tu goreng dalam minyak panas,nak deep fry pun boleh,nak jimat minyak,nak guna sikit pun boleh..tapi agak-agak la ye..lepas tu tos kan..hihi *tetibe suka,okay i tak gila


    
     Okay dah lepas sebabak,kita teruskan cara -cara nak buat kuah @ rencah dia..

-tumbukkan 10 ulas bawang putih,kalau blend nanti takut hancur pulak



-lepas tu dalam kuali lain,minyak pun lain,tumiskan bawang putih dalam kuali,lepas letak bawang putih,letak daun kari..biarkan mereka menggaring bersama..



close up sikit..lalalla

-lepastu letak la secukup rasa yang maggi tu


-lepastu letakkan telur masin yang dilenyek lenyek ibarat kentang lenyek..




   lenyek lagi hancur taw,ni introduction  je..boleh ? haha



-lepas dah masukkan telur masin,gaulkan sebati..letakkan gula,dan sedikit garam jika perlu..



-agak agak dah sebati tu,masukkan ketam yang digoreng tadi..taraaa..siap





sedapnyaaaa !!




    Selamat mencuba. 





Copyright© All the contents in this blog is belong to the owner Princess Diaries